Cerita dari hospital
Salam semua, ingat tak pasal anak sedara Tie yang dimasukkan ke ICU di Kota Bahru kerana asthma dulu ? Hmm… Tie baru je pergi melawatnya pada hari Jumaat yang lepas.
Keadaannya semakin baik. Setibanya Tie di pintu luar ICU (konon2 dah bersedia nak pakai baju putih tu dan berlagak jadi doktor….kih kih…), pengawal tu suruh tunggu dulu kerana kad dia tak ada..
Kemudian kami diberitahu dia sedang bersedia untuk dipindahkan ke wad biasa.. dari wad temenggung ke wad bendahara… Haa….tak de can nak posing jadi doktor, ekekeke….
Kami pun escort dia bersama2 misi yang peramah tu, naik lift sama2 ke tingkat 4. Anak sedara tu nampak ceria dan sihat… dah boleh bergurau dan macam2 cerita dia kisahkan..
Rasa sungguh lega. Antara ceritanya ialah mengenai seorang budak perempuan form 1 (kira sama batch dengan wad ICU la tu). Bukan untuk memburukkan budak tu, tapi Tie rasa amat2 simpati , kesal dan insaf.
Budak perempuan tu telan 8 biji panadol sekali gus kerana terlalu kecewa dengan keputusan peperiksaannya. Aduh……. tak sangka begitu sekali singkatnya pemikirannya. Dia terlalu tertekan hingga hilang pertimbangan diri. Simpati padanya dan keluarganya.
Kita kena ambil ikhtibar dari perkara ini. Sebagai ibubapa, saudara ataupun kenalan kena pastikan, kehadiran anak2 kita, saudara dan sahabat kita amat-amat dihargai. Keputusan peperiksaan yang baik bukan segala-galanya.
Jadi, jangan terlalu mendesak anak2 atau adik2 kita supaya cemerlang dalam pelajaran. Biarlah mereka gembira menikmati alam persekolahan, bukan memberi tekanan yang melampau. Kesian gak !
Sebenarnya, setiap kegagalan adalah permulaan satu kejayaan. Selalu kena ingatkan pada diri sendiri juga.
Tak tahu la perkembangan budak perempuan itu. Harap-harap dia selamat. Anak sedara Tie tu nampak okay, mungkin dalam 2-3 hari nanti boleh la balik ke rumah. Terima kasih kepada semua yang perihatin dan yang mendoakan.
.
.




Salam Akak Tie….
Akhirnya tertunai jugak nak baca n3 hasil tangan Akak Tie.
**Semoga anak buah Akak sentiasa sihat & ceria.
**Kisah budak telan Panadol 8 biji sekaligus tu memberi pengajaran kpd kita semua.
Telan sebijik Panadol udah leee. Yang gi tambah lagi 7 bijik tu,nak buek natang gapho deh?? Macam2 ado yer!!! Macam ASTRO gitu..
**Tapi itu la,Akak Tie nyerr. Asal kecewa je, telan ubat nak bunuh diri. Asal telan ubat nak bunuh diri je,kecewa.
Asal frust menonggeng je, terjun bangunan. Asal terjun bangunan je, frust menonggeng!! Macam2 ado yer…
Terima kasih, Zyma ooii… kerana merupakan antara pembaca setia blog tingtong kak tie ni, ekekekeke…..
Anak sedara tu dah okay, happy je….hi hi..
Mengenai budak tu, tu laaa….. semua orang ada problem,termasuk budak2. Tapi budak2 ni tak pandai nak fikir panjang.
Errrrkkkk, sy JUARA lagi ke???
Bestnyerrr….mcm menang dlm One In A Million la pulak.
Muahahahahaha…….
Juara..?? Semestinya……
Alhamdulilah dah semakin pulih anak menakan kita tu ye, perasan la pulak ada anak menakan
Semoga menjadi pengajaran dan peringatan kpd pihak2 yg berkenaan jugak ye agar kemaslahatan itu tidak berulang lagi
Ya… semoga segala yang berlaku dijadikan ikhtibar buat semua.
Tie..
dulu2 ada cita2 nak jadi doktor ke? Saya memang cita2 nak jadi doktor tapi tak dapat jadi doktor, dapat kawin dengan doktor…hehehe
Moga2 anak sedara tie akan sihat seperti sedia kala..
Ha ha.. memang nak jadi doktor, sejak darjah satu, bila ayah belikan medical set dulu, hu hu…
Lepas tu cuba gak nak cari calon suami doktor, sebab tu berura2 nak jadi nurse pulak (konon2 ada peluang nak pikat doktor, ekekekeke…..), tapi juga tak kesampaian…
Mak tak bagi sebab takut kena kerja di Kelantan (dulu orang Johor tak suka org Kelantan…)… Tapi lastly kawin dengan orang Kelantan….duduk jauh jugak! he he..
harap harap anak sedara tie cepat sihat
Dia dah okay sekarang.. mekasih….
moga anak buah kak tie cepat2 sembuh..
tak de can nak jadi dr? tak per.. hari2 dah jadi dr untuk suami dan anak-anak..
He he… memang kekadang rasa macam jadi doktor kat rumah… Sebab dah tahu penyakit dan ubat2 anak2 dan suami ni, ekekeke….
Alhamdulillah…makin sihat ank sedara kak Tie. semoga kita gak amik iktibar dr kes bdk pompuan tu. kdg2 kita terlupa menerapkan nilai SQ(spritual) n EQ(emotional) semasa menekankan tentang IQ(intelligent).
Oh ya… kita kena sedar, tak boleh desak anak2 tu…. Yang penting beri motovasi agar mereka jadi orang yang paling hebat dalam diri mereka, bukannya bandingkan dengan orang lain.
alhamdulillah anak sedara kak tie dah makin sembuh…
simpati dgn budak yg telan panadol tu…jadikan ia pengajaran buat kita ibu bapa ni agar lebih perihatin dgn anak2 kita…
Kak tie pun naik seram gak telan sampai 8 biji. Dia betul2 tertekan la tu… Budaknya comel tau, siap ada gewei menunggu.. (misi yang gossip, ekekeke…)
Hmm kesian budak perempuan tu…
ishk ishk ishk….
bini org tu pun kekadang tak larat nak ditekan-tekan.. nikan pulak budak sekecil itu.. huhuhu
so, tekan sedikit sebagai dorongan kepuncak tidak mengapa, kalau terlalu menekan dan meneran maka senak perut rosak binasalah keadaan…
huhuhu
(maza; tak suka ditekan.. huhuh.. sukakan kebebasan.. mcm kembara jalanan gak ler heheheheh)
Ni dah pikir lain pulak !!
Pokcik ooii…!! Apa benda pulak tekan-tekan dan meneran tu ?? Waaakakakaaa…
Tahulah maza suka kebebasan…. orang pompuan pun nak gak rasa bebas sesekali (terutama time menyopping, ekekekeke….).
uiks! yo ko? tak perasan lah pulak..
tapi den maksudkan tekanan perasaan.. mcm stress gak ler…
wakakakak
Tie..syukurlah dia dah sihat.
nk bergossip sikit ni…hahahah..nk wat entri mcm buka buruk sekolah anak2 pula..
ari selasa minggu lepas, ade budak form 4 sek anak sy tu nk terjun bangunan sekolah..haru biru jadinya…dgn bomba dgn polis bagai dtg sekolah….anak sy ckp, cikgu seal pintu tak bagi keluar..tp sudah mcm tu…mcm2 gossip keluar..mcm2 kisah..org dok cerita..kata putus cinta, kata kena raba..kata sakit buah pinggang..tatau yg mana satu betul..
Haa…adoi Jie….
Kat sekolah ni gossip lagi kuat tau!! Anak kak tie tu tiap kali balik sekolah mesti hantar report kat mama dia… Macam2 hal… bukan setakat murid sekolah je.
Sekarang ni musim durian.. bilik guru pun berbau durian.. sibujang tu selalu perhatikan.. guru2 siap bawak catalog alat makeup/kasut/handbag, sambil sok sek, hi hi.. lucu pulak, ekekeke….
Tak apa laa… kita ambil ikhtibar, yang buruk jadikan sempadan..yang baik kita buat teladan, kan ?
Tie…cikgu angah bg tau dia dealer Hai-O
kalau nk order, order dgn dia…hehehe
Zaman globalisasilah konon nyer…hmmm…membikin semua orang tention….kesian budak-budak sekarang…kecik-kecik lagi dah tention…boring…… hmmm…. cam mana nak menghadapi masalah kehidupan yang lebih mencabar…….
Ooo…jadi budak sekolah ni pun tension jugak. Anak Tie tu selalu mengadu, cikgu matematik dia suka cari pasal dengan dia, padahal anak Tie lah selalu top dalam subjek matematik. Heran gak, apa yang buat cikgu tu tak puas hati…. Bila komplen kat cikgu kelas (masa temu murni hari tu) cikgu kelas kata mungkin dia tertekan , baru je keguguran… hmm… semua orang tertekan sekarang ni..
syukurlah anak sedara kak tie dah sembuh.
Kesian budak tu. Pandai pulak tu makan sampai 8 bijik. Kat mana lah dia tengok atau baca benda2 gini. Tension budak2 sekarang pun advance jugak huhu.
Kak tie pun rasa lega, budak tu dah okay..
Tapi memang simpati pada budak perempuan tu…
telan 8 bijik panadol..saya nak menelan sebijik pun teras payah..
erm..kenapa lah sampai macam tuh jadiknya…nasib baik tak jadi apa2..kalau tak dah kira bunuh diri..tak bau syurga..sayangnye…
Mungkin dia tak terfikir tentang tu…. Tu la pentingnya anak2 rapat dengan ibu.
assalamualaikum kak tie,
alhamdulillah..anak sedara kak tie dah bertambah baik…moga dia semakin ceria
kak tie kalau iman tu tipis macam2 boleh terjadi…itulah sebab didikan agama
amat penting dalam mendidik anak dizaman ini…insyaallah kalau didikan agama diutamakan
segala keburukan akan dapat dijauhi…
ima turut bersempati dengan budak perempuan itu…
Ya la Ima.
Kita kena pastikan iman kita dan anak2 kita benar2 kuat. Zaman sekarang ni tekanan hidup agak hebat. Semuanya nak perfect.
salam kak tie.. tak tau la nak cakap apa.. cetek benar pemikiran budak2 sekarang ni, kann.. macam tak ada pegangan pulak..
Kak tie rasa hubungan dengan keluarganya agak renggang. Sebab nurse kat situ hanya nampak boyfriendnya je yang menemaninya di ICU tu. Kesian betul.
sy x suka spital….
huhuhu…
Tie pulak rasa loya di hospital. Bau tu… rasa nak mabuk je, hehe…
saudara saya pun penah gak telan sepapan panadol hehe..
kecewa pasal mak dia tak suka dia berkawan dgn lelaki..sbb masih belajar..
yg kelakar dia cakap tak leh nak telan habis sbb byk sgt..ade ler dlm 6 biji je..
susah kan bila dlm keadaan tertekan…hilang terus pertimbangan..
padahal dia hidup dlm keluarga yg amat pentingkan agama..
Tu laa… setan tu ada di mana-mana terutama bila kita dalam keadaan tertekan. Ingat tak masa kak tie telan pil tido kawan dulu… hampir2 jatuh dari balcony tu… huhu…
seb baek sy tak telan panadol bnyk2 aritu ye,,huuhuhuu
Jangan dek !! Kang tak cium bau syurga pulak…hu hu..
singkat mungkin kurang didikan yang sempurna
gagal peperiksaan tak bermakna gagal dalam hidup
Ya, kita harus ambil perkara ini sebagai ikhtibar.