Sarang burung walet
Anak-anak semua, hari ni makcik nak perkenalkan sarang burung walet. Kalau yang dah tahu tu, boleh belajar lagi sekali, kih kih …..
Burung walet adalah dari keluarga menghasilkan sarang yang boleh dimakan. Terdapat 8 spesis yang mana sarangnya boleh dimakan dan mempunyai kasiat yang tinggi.
Kesemua aktiviti burung ini seperti makan, minum dan mengawan dilakukan semasa terbang (Err….betul ke ni ?) . Ia hidup berpasang-pasangan . Lazimnya ia hanya akan pulang ke sarang pada waktu senja. (Burung pun tau balik bila maghrib, ek!)
Inilah sarang burung walet. Ia begitu terkenal dengan masyarakat Cina. Sebenarnya sarang burung ni selalu dihadiahkan kepada kami oleh teman suami yang tinggal di Pulau Redang. Ada gua di sana.
Burung walet membuat sarang dari cecair yang dikeluarkan dari kalenjar yang terdapat bersebelahan kalenjar saliva. Cecair ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Terdapat empat warna sarang burung iaitu putih, kuning merah dan hitam.
Ini dia sup sarang burung. Tie masak guna pati ayam je. Tak suka manis. Sebelum tu kena bersihkan bulu2 tu. Kalau yang dijual tu memang dah bersih. Kena rendam dulu dengan air biasa. Kalau makan di restoran, mungkin dapat 2-3 urat je, bersama bahan lain. Yang ni tak ada bahan sampingan. Mungkin ada orang rasa geli, tapi rasanya macam shark’s fin soup je… Macam jelly laa…….
Sarang burung ini amat berkhasiat untuk penyakit :-
1. Paru-paru berair dan batuk kronik
2. Melancarkan darah di saluran jantung
3. Penyakit asthma dan sesak nafas
4. Menghilangkan kedut-kedut di muka (untuk lelaki dan perempuan)
5. Mencegah kanser,
7. Meningkatkan IQ orang dewasa atau kanak kanak
Anggaran harga sarang burung mentah sekilo dipasaran adalah diantara RM3000.00 – RM7500.00 dan boleh mencapai harga antara RM10,000-RM18,000 untuk yang telah siap diproses.
.
.
Baru dapat award dari NekPP tadi. Tie tepek cepat-cepat sebab takut terlupa lagi, hi hi… Mekasihlah NekPP, nanti jangan lupa makankan nasi briayani tu, ya…. kih kih …




naik pangkat! PROF TIEE..ekeke..
mekasih yaa prof hehe sangat teruja no 8 itew ahaks..AWET MUDA LAH! wahahaha
Wah…. cepatnya datang komen!!
Guna teropong ke ?
Memang dah agak! Tang awet muda tu mesti ramai yang minat!! Boleh hilang kedut2 muka tau… Boleh check pipi Tie, waaakakakaka…..
Tie… nekPP kat Johor skrang bukan kat Dubai sbb tu cepat sampai nie…
Ooo…. dia ada beritahu.. katanya nak balik kampung.
Kak tie…hari ni belajar ilmu kesihatan ye. org china dh lama amalkannya cuma kita org melayu baru skrg terbuka mata n minda tentang khasiat sarang burung ni
Hi hi…. orang kita ni selalu ketinggalan, ek?
Tak pe laa…. perlahan2 lebih baik dari tahu langsung.
ooo… kat tie patutlah orang cina bijak2…makan sarang burung rupanya…
ima dengar sarang burung je tak lalu nak telan kak tie….tapi hari ni dah tahu khasiatnya(tang awet muda tu)teringin pulak nak rasa….hehehe
tapi….alamak mahalnya reega….huhu
Sarang burung banyak khasiatnya, Ima….
Kak tie ada gak masak, 2 minggu sekali. Mahal, jadi kena jimat2 sikit. Tu pun orang beri, kalau nak beli memang tak mampu pun, hehe…
Kalau pergi rumah Tie, akan dihidangkan dengan sup sarang burung asli. Pastikan cukup bekalan….nanti kena serbu sebab ramai yang teruja dengan khasiat yang itu dan itu!
He he ….. takut pulak bila kak long kata gitu…
oleh itu…jom ramai2 serang umah kak tie….kita kenduri sup burunggggggg!!!!!hihihi
Uwaaaa………….
Kak tie nak balik kampung laa……..ekekekeke……
daku x pnh coba la kak T..bila nk adiahkan utk saya sarang burung?..ahaks
Errr…………
Meh laa… kak tie bagi secebis!!! Waakakakaa….
amboi semenjak dua menjak ni kak tie jadi pakar pemakanan lah
banyak manfaat dia, patut ler mahal giler.
err bukan ker kalau makan kat umah kak tie dapat pree jer
Ekekekeke…………
Boleh kalau nak makan free… kak tie bagi sorang seurat, ekk!
Wahh bagus…nampak mcm agar2 la..tp sedap ke?
Memang macam agar-agar…. rasa pun gitu.
Anak kak tie suka makan
TENAGA BATIN?? harus kene g carik sarang burung nihh…ekekeke
tapi sebelum tu kene la carik LAKI dulu…ahahaah
Aaaiik ??
Nampak tenaga batin je ? Ooooo….. eloklah cari abang dulu, ekk!
erl! TENAGA BATIN yg berlebihan pula mcm mana lak nak dikurangkan?
hmmm
wakakakaka
Uuuiiii…..!!
Ada pulak yang berlebihan ….??
Alasan nak bukak cawangan baru ko ??
Ramai ibu2 tunggal kat luar sana yang tak terbela. Elok la cari sorang dua. Boleh gak buat amal dunia dan untuk bekalan akhirat nanti, ekekekeke…….
Kak Tie….
Tolong selamatkan Maza ye.Huhuhuhu….m`bahaya! Tenaga BATIN berlebihan gitu…ngeriiiii !!!
Apa kita nak buat kat pokcik Maza ni supaya yg berlebihan tu jd berkurangan ekkk?
Wakakakakaka….
Err…. kak tie tak boleh nak tolong la Zyma ooii…!
Tapi… nanti kak tie cuba godek2 cari ubat ni, ekekeke…
ishk! tak terpikior lak teman! Bagus jugak cadangan kome tu Tie..huhuhu
Lagi2.. nak2 … ate ustaz Akhil Hayy yg baru aje lepaskan org rumahnya….kesiannn….
harus ditolong ibu tunggal ni..
hmm…!?
wakakaakka
Amboi……!!
Bukan main lagi pokcik nih!
Nanti Tie nak report kat timbalan tu baru tau!!
Terus panjang telinga sebelah, ekekekeke….
Tie & kengkawan…
meh ler ucapkan takziah pada tokma.. kesian dia. emak dia baru meninggal dunia. patut lah dah lama tak nampak di alam ciber ini.. huhuhu
http://hayiramshad.blogspot.com/2009/07/wahai-bonda-ibu-kandungku.html
Tie baru je balik dari rumah dia (blog dia daa…).
Patutlah dia senyap sunyi je…..
ooo ni la rahsia awet muda kak tie ye hihihi
Alamak…..!!
Kak tie terlupa laa….. ekekekeke……
Memang inilah salah satu rahsia awet muda kak tie ni, kih kih …….!
uiks.. lutut dah menggeletar, tapak kaki aje yg licin …. tu pun kat tumit ada dah yg pecah gitew! ada pulak cakapkan awet muda…
hmmm..?! pelik ni?!
waakakakaka…
Eh…. ada orang cemburu laa…..
Kita ni, sungguhpun dah jadi makcik, masih lagi dapat kekalkan kemudaan remaja tau!! Waaakakakaa….
Selalu syd tengok gua buatan tu besar giler..mewah kan burung walet..duk banglo semua..takde pun yang duk rumah teras..hehehe..
Bestnya dapat sarang burung..bak sikit?
Di Indonesia memang banyak, kan?
Pernah makan ke ? Meh sini kaktie suapkan, sesudu je, ekekekeke……
sedap ya..
kat rumah saya ada juga nmpak burung layang2 ni dok berkumpul kt atas bumbung….kalau panjat..ambil sarang …boleh masak macam kak tie…sanggup ke saya nak panjat…huk..huk.
Oooo …ye ke ?
Tok sah la panjat-panjat tu… bahaya pulak, takut dapat penyakit lain, huhu..
mahal nyer tie. Boleh buat bisnes ni haha.. tapi kpah rasa kalau tie bagi kpah cuba makan pun, kpah tak reti nak makan. kalau benda pelik2 ni kembang je tekak..
Memang mahal, dan ramai yang buat bisness ni…..
Tie dulu tak terliur pun, tapi bila dah masak sendiri, rasa okay pulak. Macam agar-agar je… tapi ada sikit hanyir.. sikit je…hehe…
Kak Tie….
Bird nest ni mmg b`khasiat. Sy dah minum dah.
Ada lg ke kat rumah Akak? Bak sini sikit…..jgn minum sorang2,
tak baik utk kesihatan…..
Huhuhuhu……
Ada lagi..yang belum diproses.
Kak tie hirup semangkuk, bagus untuk kulit tau !!!
tak penah lak rasa sarang burung ke jerung ke ape ke..
nak gak rasa tapi rasa cam tak mampu lak hehehe..mahal kan..
takpelah..makan satay jelah hihihi…
Memang mahal, kak tie sendiri pun tak mampu.
Dah rezeki, orang beri, kita ambil laa… tukar dengan kopi, ekekekeke….
sama ke dgn sarang burung layang2..
errr.. gelilah nak makan… tapi sbb boleh enguatkan tenaga batin, awet muda dan lain lain lagi, maka angie tahan je la kegelian ini..
hihihi… discount 10% je ke mama… anak beranak pun nak berkira gak ke??
hihihi
psssttt.. patutla papa awet muda… err.. mama pun sama… (kang tak puji mama kang, tak pasal2 kena lepuk… hikkkssss)
Ada perbezaan dengan burung layang-layang Angie ooii…!
Sarang burung layang-layang tidak boleh dimakan kerana ia dibuat dari rumput dan batu. Family pun tak sama, burung layang-layang dari Family Hirudininae manakala Family burung walet adalah dari Family Apodidae.
Hehe…tak payah nak geli-geli la , takut tak kahwin pulak nanti, ekekekeke…
Mama bagi discount 10% tu kira harga anak-beranak laa…..waaakakakaa… Zaman sekarang ni semuanya berkira tau!!
Memang betul, mama memang sentiasa awet muda (kalau tak puji mama pulas telinga kang!)
tak pernah berkesempatan makan sarang burung ni…mahal ke idak?
Mahal juga. Tapi kalau nak cuba, boleh try makan yang dah siap , contohnya di http://www.kohalal.com/content/air-sarang-burung-al-kautsar . Cuba cari laa… Yang ni taklah mahal pun.
psst Tie. maza betul2 tak tahu dan nak tahu…
Betul ke minum sarang burung layang2 ini halal?.. Erk kat mana nak cari yg ada cop halal jakim ekk? huhuhuu
(psst: burung walet ni spesis burung layang2 ehh?!)
Seperti yang Tie terangkan, Sarangnya dibuat dari cecair yang keluar dari satu kelenjar sebelah kelenjar air liurnya. Tentulah halal kan..?
Nak cari cop halal jakim ? Hmm… salah satu produk halal ialah di http://www.kohalal.com/content/air-sarang-burung-al-kautsar , Harga pun tak mahal.
Ada banyak lagi, kena cari dalam internet laa…
Dan…. burung waletnya sebenarnya bukan dari species burung layang-layang. Ramai yang keliru. Sarang burung layang-layang dibuat dari rumput dan batu je.. Tapi, kalau Maza cuba nak makan, Tie tak de masalah, ekekekeke….
rumput pun rumput lah…. batu pun batu lah.. huhuhu
katanya rumput dan batu pun banyak mineral.. kira berkahsiat gak ler……
uwakkkkk!!!
Tie dengki!..huhuhu
Waaakakakaa………
Cian dia… kempunan sarang burung……ekekeke…..
Akak Tie….
Klu tak salah sy, sarang burung ni boleh dimasak bersama Kurma China (kurma merah kering), kaki pisang (di tmpt Kak Tie,tak pasti dipanggil apa), laici and a few kinda herbs. Biasanya org Cina buat mcm tu la (di tmpt sy, tmpt lain ntah la….).
Tapi memang a good drink for health. Fantastic!!!
Memang orang cina suka masak gitu.
Tapi kak tie dan anak2 lebih suka rebus dan bubuh pati ayam sebagai perisa.
sarang burung layang layang ker ni?
Staf zar tgh buat kajian penilaian ekonomi product sarang burung ni.. thanks for the info..
Sebenarnya burung walit ni bukan dari keluarga burung layang-layang. Sarang burung layang-layang tak boleh dimakan, dibuat dari batu dan rumput je… boleh tengok info di sini ( http://www.agribdc.gov.my/350 )
sy nk g umah Tie la ..
nak g makan sarang burung + shark’s fin soup
sbb sy suka bab awek muda tu…
Hi hi ….. mari laa…. kena datang naik speed boat. Tie dok kat tasik, kih kih …
taniah utk award ituu,, =)
fuhh,,mcm best aje,,br tgk gamba,,
sy tak pnah pun makan,,,bajet tak ckup,,ngeh3,,,
kaktie bkakla bisnes,,
konpem kayo,,hihi
=)
Mana boleh bukak bisness… benda ni ada beberapa keping je… cukup untuk bekalan kak tie sorang, ekekeke….. Kalau nak bukak bisness, kena buat bangunan khas utknya, atau gi panjat dalam gua tu.. hu hu..
Tak yah beli mahal-mahal ye…ini yg buat abgdin rasa tak keruan nak singgah umah Tie….
Poonnn ponnn….!!!
Uwaaaa……….
AbgDin bawak lori laaaa.!!
Mana cendawannya ? Sedap gak kalau dibuat sup!!
mahallah sarang burung ni kak tie woiiii….adalah sekali tu member hubby bagi yg belum bersihlah, punyalah payah nak bersihkan….letih. masak dgn gula batu, sodappp juga, macam makan jelly je!!! nak beli mmg tak mampu le teman.
Ha ha ha…. memang sampai berpinar mata buang bulu2 kecil tu. Tu yang kak tie malas nak buat ni, hi hi….
sup sarang brurung terkenal di kalangan org cina, kan? saya tak pernah merasa..rasa macam ‘geli’ gak..hehhe..tp, kalau rasa cam jelly tentu sedap!
Macam grass jelly tu… rasanya bergantung kepada cara kita masak. Tapi, ada yang siap diproses, dibuat air… minum je macam air tonik kesihatan.
Salam Semua, Jemput lawat:-
Global Excellent Marketing Sdn Bhd (GEM), Perunding, Pembangunan & Pengurusan Industri Sarang Burung Walet / Walit (Swiftlet), Pakar Rekabentuk Rumah Burung Walet / Walit (swiftlet)- http://goldenswiftlet.blogspot.com
http://gemsb.vox.com
http://gemsb.blogspot.com
KURSUS Perusahaan Sarang Burung Walet/Walit – http://kursusgem.blogspot.com
GEM Community (Direktori/Forum Perniagaan, Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia), Ruangan KHAS Jual & Beli Sarang Burung Walet/Walit. – http://gem.socialgo.com
Jual & Beli Tanah Pertanian – http://walet.wordpress.com/tanah