Kiriman dari pulau
Alhamdulillah, dah lama mokcik tak makan ikan segar. Sejak akhir-akhir ni, ada saja kiriman dari teman-teman . Sebelum ni ada package dari Sabah, yang berisi pelbagai species ikan termasuk ikan kerapu yang paling istimewa dan udang yang besor-besor belaka. Malangnya terlupa nak snap gambar untuk kongsinya bersama di sini.
Burp..!! Separuh dah langsai !!

Anak Ghemong
.
.

Ikan Tombak
…..
.
.
Kali ini kiriman dari Pulau Redang. Cepat-cepat capai kiddy camera tu dan suruh ikan-ikan tu berposing… Lawa tak ? Mata ikan- ikan tu berkaca lagi…
Yang kecik tu orang pulau panggil anak ghemong, yang besar ikan Tombak dan yang XXL tu Mandi Abu….. Heran, macam mana dapat nama begitu.
Mokcik sebagai isteri misstali mulakan tugas menyiang ikan-ikan tu.. Kena siang kat belakang rumah sebab tak muat masuk sink. Sambil siang ikan, mata ni kena awas, takut kang tetiba kerbau pendek datang nak siang sama, hu hu……..
Bila siap siang semuanya (yang kecik dan yang besar), rasa nak semput. Ikan Tombak tu punyalah berat dan sisiknya keras. Nak buang insang pun rasa nak pitam. Jadi terpaksalah mintak bantuan hero mokcik, ekekeke….
Dan alang-alang pegang pisau, Tie mintak tolong abang siangkan ikan Mandi Abu sekali. (Adik kan pandai bahagi harta, hi hi hi…..) Ikan Mandi Abu tu lebih besar dari kucing, dan berat betul. Rasa tak larat nak pikul… Kepalanya saja tak muat pinggan biasa… macam mana nak hidang,ya… takkan dalam talam pulak ?
Tengah dok fikir-fikir menu hari ini… asam pedas? Kari kepala ikan ? Hmm…………. Nampak gaya terpaksa lupakan diet buat beberapa lama, waakakakaa………….
~ Jom !! Siapa nak join makan ? Cepat…… nanti Tie habiskan semuanya.
.
.



wahhhhhhhh!!! besaqnya ikan Mandi Abu tu, pertama kali tau nama2 ikan ni semua. Tie dah boleh standby menu utk satu minggu tu. bila duk ngadap hidangan tu ingat2 la pd kami jugak ye :p
Memang besarlah Kenari,
Tie tak larat nak angkat… nak potong pun tulangnya keras, tak macam ikan jemuduk yang sama saiz dengannya… Naik lengoh dibuatnya. Tapi isinya macam ikan merah.. pejal dan sedap ooii!!
Tie,
kami kat melaka panggil ikan tombak ialah ikan gerut-gerut… kalau mengail kat laut selat melaka, selalu dapat ikan tu. Ikan mandi abu tu memang tak kenal… sedap?..
masak asam pedas sedap kot…
Ooo…ye ke ?
Tie belum sembelih lagi ikan tombak tu… cuma sembelih ikan mandi abu sebab tak muat nak masuk dalam freezer… Ikan mandi abu tu isinya macam ikan merah.. sedap.
Salam Kak Tie….
Beruntung nya dpt ikan2 yg best cenggini,Kak. Boleh buat pelbagai masakan yg best2 gitu. Jgn lupa jemput sy dan Kanda Maza makan ye……hihihihihi.
Masak kari mamak pun ok gak tuuuuuu………….
**Sy dah baca n3 yg Akak cakapkan tu. Mmg terhiris hati. Kita kaum wanita hanya satu yg perlu ingat – JAGA MARUAH DIRI dan PELIHARA MARTABAT KELUARGA. Hmmmmm, mcm adoooo…..huhuhuhu.
Itulah dipanggil rezeki…
Kak tie dah masak sekeping (mandi abu)…. suami kata sedap laa..hehe..
Ooo…kak tie tak lupa Zyma dan pokcik tu.. Sambil makan sambil sebut nama kamu berdua, waakakaka….
kepala ikan mandi abu tuh klu buat kari sedap tak? bozzo tak pernah rasa…
Huh! Mestilah sedap! Isinya pejal.. macam ikan merah !! Kak tie nak masak kat kampung je.. kat sini mesti tak abis. Lagipun makan ramai-ramai lagi best!
nak joinnnnnnnnnn!!! bestnya dpt mkn ikan segar bugarrr!!!! saya suka betul klu dpt mkn ikan yg baru je naik ke jeti. dulu masa dok pengerang, selalu dpt ikan dpd nelayan. bestnyaaa…bakar cam tu aje pun dh sedap sangat!!!
psst…abg posto dh sampai..??
Ooo….bakar pun sedap! Manis isinya… hihi..
Abang posto tu tak sampai lagi. Hari ni kot. Nanti nak get ready laa..waakakaa…
Tie… bestnya dapat ikan fresh begitu.. tentu sedap kalau di bakar dan cecah air asam sahaja!… terlior pulak!… hehehe..
Uuiisshh!!
Sedap tu bakar cicah air asam!! Hmm.. yum yum!!
adehla.. menggugat imah betulla kak tie nih… carik ikanla balik ni.. nak masak stim.. hehe
Ooo… tadi kak tie buat stim limau, hihi..
mandi abu. mandi sha takde ke? hehehe…
ikan macam nieh mmg seeloknya dibersihkan kat kedai. mmg susah nak bersihkan kat umah. lainlah kalau kita ada nigella, kan kak tie?
buat gulai kuning sedap kot…letak cili hijau belah. nyuuumm…
Sha… sejak jadi mokcik ni kak tie dah expert siang ikan besar.. siap dengan alat perang lagik! Cuma tak cukup tenaga nak cabut ingsangnya tu.. uwaaa….
Gulai kuning.. hmm.. boleh la , resepi untuk esok!
Adoi menggoda iman betoi, teringat ikang bakar lah kalau tengok ikan2 camni. Btw first time Iza dengar nama ikan2 tu. Tombak tu macam adik beradik jenahak jer rupa dia
Bakar pon sodap hehe
Kak tie tak tahu juga nama2 ikan ni. Telefon mereka dulu, dah confirm baru boleh tulis, hehe..
Ikan yang saya biasa makan ikan Tombak je anak Ghemong tu ikan kerisi Ke ? tapi satu family saya suka ikan Jemuduk … kalau dapat yang besor kepalanya MaK Saya masak kari Fuhhhhh berebut … Isteri saya another favourite ikang ayee….
Hmm.. betul la , anak Ghemong tu species kerisi.
Biasa mereka kirim jemuduk. Memang isinya lembut, dan rasanya lemak. Baru ni dapat dari sabah tu.. kepalanya kak tie buat asam pedas. Mentua dan adik ipar makan sambil senyum sampai ke telinga!! Nanti ada peluang nak eksport Johor pulak.
susah nak kena selera asam pedas ni…. pasai
Live and grow dalam belanga Kari
Ha ha , ya ke ?
Tak pe laa.. kari pun sedap terutama bila bubuh kacang mior tu..
Rezeki besar tu Tie….
Hilang yang ni, Allah bagi lain lain..Alhamdulillah…
Bila lah kita nak jumpa Tie….
Betul tu kak!
Kalau ada umor dan rezeki, kita akan jumpa juga, kak ezza…hehe..
wah! byk menu blh buat ni… 3 rasa, masam manis, pedas, kicap, halia, fuyoooo, tak terkata!
Err… mekasih maksu, bagi idea ni..hehe…
salam kak tie…alhamdulillah!!!murah betul rezeki kak tie sekeluarga…sampai kekg dapat merasa…mmmm sedapnya makan ikan yang segar ni…dah lama ima ni tak merasa ikan yang segar dari laut…masa dok kat sabah dulu selalulah makan ikan udang dan ketam yang segar dari laut,bila dapat tahu tempat nak mencarinya dan murah….huhuhu
Tu laaa… rezeki ni tak disangka-sangka. Setiap kali dapat, kami bawa pulang separuh samada ke kampung kelantan atau ke Kota Tinggi (jika berpeluang). Seronok makan ramai-ramai.
aduhai.. x pernah dengar nama ikan2 tu..
Kak tie pun baru tahu…
Tie…segarnya ikan2 tu..untung org dok area saya
sebab sy pernah g pasar Marang mmg nengok ikan segar2 mcm tu le
aduhai….. sedapnya
kat sini….. belek2 patlima kali , pun susah nk dtg selerea nengoknya
Pasar Marang tu memang sentiasa ada ikan2 segar. Tie jarang ke sana, suami sibuk laa.. Tapi masa dok kat Gong Badak, selalu orang pulau kirim khazanah laut ni. Sebab suami selalu ada urusan di pulau tu. Kekadang bagi jiran sekor dua.. memang mereka terkejut tengok ikan2 besar ni.
uih..dasyatlah..tak penah dengar pun nama ikan tu..
saya ni bab menyiang ikan tu serah tugas kat tukang jual tu je..kalau org bagi maka dgn automatiknya kerja tu jadi keje suamilah..nak suruh saya siang..hancur ikan tu saya kerjakan hehe..
Amboi nrina ni… kena belajar siang ikan tau.
Esok-esok dapat menantu, tak ke malu bila dapat tahu mentuanya tak pandai siang ikan, hehe… Kak tie dulu tak pandai juga… tapi lama2 okay laa.. Cuma kena ada peralatan yang betul. Ada alat nak buang sisik tu.. senang je. Kalau tak de alat tu, tentu menangis bila kena siang ikan besar!
Sayangnya LOL masih kurang dengan ikan.
Ni yg kekurangan vitamin nie.
Hehehe..
Ikan bagus untuk kesihatan tau! Kena cubalah makan lebih sikit.
salam… amboiii kak tie dapat kiriman reziki dari pulau redang… bestnya dapat makan ikan segar tapi belum pernah dengar ikan mandi abu rupa macam pernah nampak kalau gi pasar tu mmg pakai beli jer tak tanya pun apa nama ikan… hihihi selalu ker kerbau pendek tu datang ziarah…???
He he….
Kerbau pendek tu ada gak sesekali terbabas masuk… dia suka korek lubang bawah pagar tu. Kekadang 2-3 ekor berkejar-kejaran macam filem hindustan, ekekeke……
segar bugar ikan tuh..bila tengok ikan tu dilapik surat khabar teringat petua org tua , kalau nak bagi ikan tu tahan lama terutamnye utk perjalanan yg jauh…
1. siang ikan tuh kemudian jangan basuh ..
2. kemudian penuhkan bahagian dlm bdn ikan tu dengan cebisan surat khabar
3. Dah siap , balut ikan2 tu dengan surat khabar .. kasi tebal2 sikit balut tau
4. Masukkan dlm peti ais semalaman..
5. Isnya Allah , kalau letak ikan tu dlm kete… perjalanan 5 jam pun sure ikan tu x busuk..
Betul tu petuanya… Kak tie biasa buat gitu bila nak bawa balik kampung… tak kira dari ganu ke kelantan atau nun jauh ke johor. Semuanya okay je, hehe.. Terima kasih berkongsi ilmu di sini. Tak sangka orang muda macam Faza ni tahu tentang ni…
heheh..tau sikit2 aje..ari tu balik kampung , bapak sedara bagi ikan.. so die suruh amalkan camtu ler..
ikan segar tentu sedap, kan?
manis2 gitew. huhuhu
psst: jawabnya kain batik yg lama tak lama lagi dah tak muat lah tu.. hehehhehe
Memang manis…hmm…yum yum!!
Eh… kain batik kita sejak kahwin dulu ada lagi tau… dapat berkodi-kodi, hihi…
alamak sy terlmbat!
ada lg ke kak tie?
lapar ni hehe
sy tlg masak nasi, ok? hehehe
Banyak lagi Adila…. Penuh dalam freezer ni…
Masak la nasik tu… pastu gi cari daun kari. hihi..
Cute-cute ikan tu. Alhamdullilah selamat mereka sampai ke destinasinya (perut author blog ni).
He he…. sedap tau !!