Kisah budak sekolah lagi
He he… lama tak cerita pasal sekolah anak perempuan Tie tu (Menengah). Jadi, hari ni nak cerita kisah hukuman yang pihak sekolah kenakan ke atas pelajar-pelajar yang berbuat salah atau engkar…
Antara kandungan reportnya pada mama…..
- Pakai mekap – Kena tepek muka macam tepung gomak (habiskan bedak kompaknya) dan dipamerkan di atas pentas buat tontonan rakan-rakan sekolah yang lain.
- Merokok dalam kawasan sekolah – rokok disumbatkan ke dalam kedua-dua lubang hidung (dicucuh api sekali agar berasap), telinga dan mulut, seharian di sekolah.
- Pakai seluar ketat – Seluar disiatkan hingga ke lutut atau pakai seluar terbalik seharian di sekolah.
- Tudung singkat menampakkan bahu -didenda memakai telekong sembahyang seharian di sekolah.
- Ponteng sekolah sehari – Kena solat tobat ramai-ramai walau apa alasan pun (sakit pun kena)
- Pakai selipar ke sekolah – selipar digantung dengan tali lembu (jika seorang) pelajar berkaki ayam je di sekolah. Jika lebih dari seorang, selipar diikat dengan pelajar lain yang berselipar.. macam main terompah gergasi…… Adoi..!!
Agak-agak sesuai ke hukuman sebegini ? Macam kelakar je. Ramai pelajar berdendam terhadap guru yang menghukum mereka. Tak macam kita dulu, ada rasa hormat dan takut. Banyak kali kereta guru-guru di sekolah ini telah menjadi mangsa. Calar atau diconteng dengan spray bercat….
Memang susah mendidik anak-anak. Dan lebih sukar bila di sekolah. Pelajar-pelajar hanya layak dinasihat dengan anggapan mereka separuh matang. Tak perlulah hukum mereka seperti budak-budak kecil. Mereka seharusnya difahamkan kesilapan mereka. Kalau mereka tetap juga buat kesalahan yang sama, eloklah hubungi ibubapa mereka. Guru selamat, kereta guru pun selamat.
.
Namun, bukan semua pelajar-pelajar yang melakukan kesalahan itu bermasalah. Walaupun ada yang kurang ajar dan mulut laser, ada juga yang terus insaf setelah dinasihati dengan ikhlas oleh guru mereka. Ada pula yang hanya nakal ; sebenarnya hati mereka baik. Malah sedia membantu jika diperlukan. Jadi, janganlah rosakkan fikiran mereka dengan hukuman sebegitu. Takut yang nakal-nakal tu terus jadi jahat.
Tie rasa guru pun ada ilmu psikologi. Jadikanlah pelajar-pelajar sebagai kawan (mungkin tak semua). Samalah hubungan kita dengan anak remaja. Anak Tie ada cerita tentang guru-gurunya. Ramai yang mesra alam, tapi ada juga yang suka cari kesalahan pelajar. Pelajar-pelajar ni benci pada guru-guru yang sombong dan selalu tunjuk hebat. Dan mereka pantang dicabar……
Anak Tie – Pernah tertekan kerana seorang guru perempuan… Guru dia tu suka cari pasal, marah-marah padanya seorang. Macam anti je. Padahal, markahnya paling tinggi (92%) subjek Eng, yang diajarnya. Tapi tak puas hati lagi. Dan bila dirujuk masalah tu pada guru kelas, diberitahu guru tersebut ada problem peribadi,dan anak Tie tempat dia melepaskan rasa marah.
Mujurlah Tie berjaya pujuk anak tu supaya bersabar. Dia kata nak keluar kelas je bila guru tu datang mengajar…sebab takut dan benci. Tapi sekarang dah okay. Guru tu tak marah-marah lagi……….. Alhamdulillah…
Ooo….. minta maaflah pada guru-guru yang terasa hati. Mokcik ni tak puas lagi berleter, hihi……….Jasa guru tetap ku kenang sepanjang hayat.
.
.





kita faham cikgu manusia juga. tapi cikgu juga perlu didedahkan ilmu psikologi. kalau yang dah berpengalaman tu tak kisah sgt sbb mereka dah lama dalam dunia perguruan tersebut.
selalu yang berlaku kepada cikgu-cikgi muda.
Begitulah, ya…. rasa hairan kenapa hukuman begitu dikenakan. Macam tak logik je, terutama hukuman rokok tu.
sebab tu lah guru sekarang sekadar mengajar..bukan lagi mendidik..
smuanya tak berani..yela..kang tak pasal2 nak balek tgk tayar pancit..huhuhu…
=)
Kes tayar pancit tu perkara biasa je di sekolah… Mungkin kena nilai semula cara menghukum tu. Tujuannya untuk kesedaran, bukan untuk membangkitkan rasa dendam.
masih belum boleh lupa perangai cikgu sha yang panggil sha bodoh bila sha tanya dia. budak perempuan nieh dia tak suka dimalukan. lagi2 yang sopan. sha dah rasa dua2, jadi murid dan cikgu. sha taknak buat apa yang cikgu sha buat pada sha dulu.
Kesian Sha.
Sebodoh-bodoh kak tie, dulu tak pernah pulak dipanggil gitu. Tapi, kalau dipandang sinis tu ada laa… Walaupun kita ni kecil lagi, perasaan tu tetap ada. Namun masih ramai guru-guru yang benar2 mendidik… ingat lagi senyuman ikhlas mereka ketika mengajar…
cikgu sekarang berbeza dgn cikgu dulu2, murid sekrg pun berbeza dgn murid dulu2. sekrg ni ramai cikgu yg takut ngan anak murid kot. sbb anak murid jenis berdendam sampai ke luar sekolah.
Anak-anak sekarang terlalu manja. Kekadang tak boleh ditegur. Kerana itu Kak tie rasa hukuman sebegitu tak wajar.
Pelajar seharusnya diberi nasihat je. Yang selebihnya biar ibubapa mereka uruskan. Tak la perlu keluar masuk court nanti. Faham-faham aje laa… parents sekarang suka saman menyaman… kesian juga cikgu.
woah!! ni hukuman ape ni?? letak rokok kt lubang idung telinga sume…is it necessary??? are the teachers trying to kill the student or what? mmg salah diorng merokok but this is not the way to teach them?
Tu la yang buatkan kak tie kongsinya di sini. Anak kak tie kata, habis satu sekolah ketawakan budak2 yang kena hukuman begitu. Nak lawan tika tu tak berani. Akhirnya esok lusa, kereta cikgu jadi sasaran. Ada juga yang belasah cikgu diluar sekolah… dengan bantuan geng dia… bahaya laa…
budak2 sekolah sekarang ni garang sangat-sangat, menyampoh…. hoh!
Alaa…mak su, kekadang teringin gak nak tegur yang dok bersidai tu… tapi mereka beliakkan mata… ooo….terus jadi siput mokcik nih!!
Tie…kerjaya perguruan skrg amat mencabar fizikal, mental dan emosi. bukan sekadar bebanan tugasan tapi juga kerenah pelajar dan waris. Jom kita interview Kak Long Mawar Merah :p
Kaklong tu busy, kot… kang terus naik darah bila baca entry ni, he he… sabor je laa…
budak2 sekaranmg selalu fikir.. emak ayah mereka ada share bina sekolah!! jadi boleh baut apa sahaja yg mereka mahu!
Budak-budak sekarang… uuiisshhh!! Kuat betul menjawab. Dengan kita ni dijeling-jeling je.. mujurlah anak orang. Kalau anak sendiri memang dah panjang telinga tu, hihi…
salam… tapi kat sekolah anak sy tak pulak diadakan hukuman macam tu cuma dirotan dan digantung asrama atau gantung sekolah bukan hukum gantung sampai mati tau kalau dah dua kali kena hukuman terus buang sekolah tapi sebelum sebarang tindakan dibuat ibubapa dimaklumkan dengan menghantar surat amaran kalau pertama kali ataupun kalau kesalahan yang berat pengetua sendiri akak buat panggilan tel kp ibubapa barulah hukuman dijatuhkan dan kkdg rundingan dengan ibubapa juga dibuat… rasanya cara diplomasi lagi berkesan.
Hukuman begitu tak pe laa… lebih baik panggil je mak bapaknya. Habis cerita. Mak bapak berhak tahu apa yang terjadi di sekolah. Bila dihukum yang pelik2 ni, mak bapak tak tahu kerana anaknya malu… tu yang jadi dendam…
masa saya sekolah dulu sapa yg hisap rokok cikgu akan suruh dorang makan rokok tu balik, sampai muntah2. kesian anak kaktie, mujur cepat ambil tindakan.
Sekarang tak boleh buat gitu… nanti kena saman, hihi…
Anak kak tie dah okay.
Letih jadi cikgu zaman sekarang…sebab anak-anak sekarang tak berapa nak hormat kat guru. Kadang2 terfikir, kenapa agaknya budak2 sekarang susah sangat nak hormat guru tak macam kita dulu2.. Kita dulu2 walau guru garang macam mana pun, tak berani nak lawan apatah lagi merosakkan harta benda cikgu. Kalau berani pun,takat kutuk2 kat belakang sesama kawan..hehehe
Ooo…kutuk belakang, ekk ! Waakakaa……
Tie dulu kritik baju mereka je, hi hi… ada yang suka melawa, ada yang simple sangat, sampai bosan nak dengar dia bagi ‘ceramah’…
Tie, kawan saya cikgu/ustazah – dia mengadu.
Kenapa ya skrg ni anak2 cikgu kat sekolah makin ramai yang tak berdisiplin termasuk anak dia sendiri.
Kemudian seorang kawan lain menjawap ” kita kena tengok pada diri kita sendiri, kita ni mengaja kerana apa. Kalau kita sendiri mengajar pun dengan merungut2….dapatlah balasan pada diri kita. ”
tu cikgu2 yang cakap Tie…saya tukang dengar je.
Alamak !
Macam sama je dengan mak bapak. Kita ni selalu merungut anak2 malas, padahal masa kecik dulu sama je, hehe…
hari ini pada guru kita kesian pada anak-anak pelajar pun kita kesiankan mereka.Semuanya berada dipersimpangan.
Semua orang tertekan…
mcm kenal sekolah ni.
Asal mana ?
Salam Akak Tie….
Zaman persekolahan la yg paling best,kannnnn.
Byk kwn2, byk cikgu2 yg sayangkan kita….
Homework pun byk.
Homework ?
Adoi….. tak suka laa…
hmm…
kat sekolah saya, tak pernah lagi ada hukuman2 sebegini.
kalau kita jegilkan mata sikit pun, dia dah lawan balik. kalau buat lebih2 apa lagi, nanti terus mak bapak datang sekolah nak marah cikgu.
kalau ikutkan hati, rasa nak biar je apa pun kesalahan yang dia buat.
tapi, itulah, ikutkan hati mati…
dah namanya cikgu.. nasihat jugaklah walau ada pelajar yang perli, “ni kelas sains ke, kelas agama?”
banyak2 sabar je lah..
Kak tie ni dulu mudah marah-marah… sebab tu tolak tawaran jadi Guru. Takut kena saman dengan ibubapa pulak. Tangan ni kalau tak cubit, rasa nak plangkong je…
salam..bakal guru semuanya ada didedahkan dengan subjek psikologi, sebab mereka berurusan dengan manusia….tapi menangani pelajar zaman sekarang bukan mudah, ibu bapa pun harus peka dan kalau bole berhubung dengan guru kelas untuk memantau perkembangan anak2….dan bole menasihati mengikut kesesuaian dan permasalahan yg mereka lakukan..in order word, dua2 pihak kena memainkan peranan.
Betul tu.
Jika kedua-dua pihak saling bekerjasama, tentu permasalahan anak-anak dapat diselesaikan dengan baik.
kak tie,itulah bukan senang jadi cikgu sekarang…samalah dgn kita sebagai ibubapa…kalau yang jenis mudah dengar nasihat oklah,tapi kalau jumpa yang jenis tak makan saman itulah yang beratnya…huhuhu
Err… memang ramai yang tak makan saman sekarang ni, bukan setakat budak-budak je. Mak budak dan pak budak pun sama laa…hu hu…
cpj rasa baik dilebelkan sekolah tu ikut kaedah yang diguna pakai.Ibu bapa hantarlah anaknya ke sekolah yang lebelnya di sukai.Kalau sekolah yang guna kaedah menampar, hanya ibu bapa yang suka anaknya ditampar sahaja yang menghantar anaknya ke situ.Kihkihkih, cpj nak hantar anak ke sekolah yang bebas buat apa sahaja sehingga boleh naik atas belakang cikgu!…kihkihkih…tapi anak kucing ler…hehehe…ekekekekekeee…
Sekolah ni dah sesak la cikgu. Tak banyak sekolah menengah di sini… ada satu sekolah premium, Tie tak hantar sebab bimbang kena lintas jalan besar tu… sekolah ni dekat je, jalan kaki pun sampai.
Cikgu ada anak ? Anak kucing ? Hihi..
kak tie,
inilah dilema akhir zaman. gerun bila dibacakan hadis2 sahih abt akhir zaman, kerana semuanya ada depan mata, termasuk hal anak2 muda spt yg dlm n3…
Tanggungjawab ibubapa makin berat. Nak didik anak kalau tak menangis macam tak sah je…hu hu…
hukuman mcm tu memelakukan murid aja…
tak kan tak ada cara lain..
buat kerja sosial ker?
Nak buat kerja sosial tu kena ada pemantauan juga. Kekadang tiada siapa yang sanggup beri kerja sama… Masing-masing sibuk dengan urusan tersendiri. Lainlah kalau terkena pada anak sendiri. Itu pun nak lari juga dari tanggungjawab.
erm..plik betul hukuman nye eh kak.. klu sy la, nak cadang gini je, ape kata klu budak2 yg buat kes2 diatas tu kite denda buat kerja sosial yg macam kak kuina cadangkan. kalau sy jd cikgu esok2, budak2 ni sy nk denda bersihkan longkang tersumbat, tolong tukang kebun sekolah berkebun ke, g rumah kebajikan k, tolong kantin basuh pinggan ke, ape2 la asalkan berfaedah.tapi perkara ni perlulah dimaklumkan kepada ibu bapa supaya takde salah faham..hahaha
tapi yg pakai telekung tu takdela malu sgt. itu perkara biasa, kan hari2 kite kene pakai telekung 5x..
Tu laa… kena ada cikgu pantau. Sedangkan cikgu memang sibuk dengan tugas, mesyuarat, kursus… macam tak cukup kaki tangan. Kalau pengawas..biasanya pengawas tidak dihormati… anak selalu cerita tentang ni. Sebab tu dia tak sanggup jadi pengawas. Nanti kena kutuk.
lagi kan kaktie sy pernah baca website seorg pakar motivasi, dia cakap anak ni mencerminkan ibu-ayah. kalau ibu ayah beri makan dr sumber yg tak betul, hati anak akan jadi keras, telinga akan pekak kepada arahan ibu ayah, mulut tidak jujur dan sikap membelakangkan keluarga. semua ini adalah timbal balik, samaada atas kelakuan kita dahulu terhadap org tua kita atau dugaan Allah untuk menguji kita jauh mana kita mendidik anak2 kita dengan syariat islam. pengaruh media masa tu mmg x boleh nak elak. cuma anak2 sekarang ni kena dibekalkan dengan ketahanan spriritual dan emosi yg kuat untuk melindungi diri mereka dari segala pengaruh negatif..
Memang mudah bagi orang-orang yang punya anak sebaik malaikat untuk berkata begitu. Tak pernah buat salah, selalu patuh pada ibubapa…dll… Mereka sepatutnya bersyukur. Kata-kata begitu sebenarnya menyinggung perasaan ibubapa yang tidak punya anak-anak yang diidamkan.
Sedangkan anak seorang imam, pun ada juga yang menjadi penagih, pencuri atau apa-apa yang menghibakan.
Kita tidak boleh menghukum ibubapa bila melihat perlakuan anak-anak mereka. Kak tie sendiri kenal seorang ibu..yang begitu lemah lembut, cermat dalam ibadahnya, dan sudah tentu dia jaga pemakanan keluarganya…namun anaknya agak kasar . Walaupun begitu, dia berjaya kawal dirinya dan tangani anaknya dengan sabar dan redha.
Anak anugerah tuhan. Namun anak juga boleh dijadikan satu dugaan. Hanya tuhan saja yang tahu hikmah disebaliknya. Yang penting kita selalu memohon perlindunganNya demi anak-anak dan keluarga.
stuju kak…dugaan tu..
Ambik kopok ni.. kak tie campak!
Ooops!! tersasar pulak ! ekekeke…..
hahaha eh kopok eh! mekasih2…hihi
Aik…ada lagi ke yang buat hukuman begitu? Macam pelik aje…
Sekarang ni, banyak sekolah yang tak jatuhkan hukuman tapi ada sistem merit dan dimerit.
Sebenarnya tiap bakal guru memang dibekalkan dengan ilmu psikologi, namun guru pun manusia biasa. Ada yang jadi guru sebab terpaksa. Dan tak cuba memaksa diri untuk menjadi guru yang sebenarnya.
Entahlah Kak Long… memang pelik, kan…
Memanglah guru-guru tertekan. Tapi Tie rasa hukuman begitu tak mungkin dapat memberi kesan yang positif.