Home > Uncategorized > Balik Bermalam

Balik Bermalam

April 7, 2011

7 April 2011

Semua pelajar Sahut berpeluang untuk balik bermalam hari ini.Β  Nampak bersemangat mengheret beg pakaian masing-masing mengikut ibubapa yang datang mengambil. Harap-harap tak lupa bawa balik homework sekali tau, haha….

 

Kali ini pulang dengan pakaian rasmi SAHUT yang baru. Warna dan corak yang menarik. Kita lupa nak snap dari depan. Tak mengapa. Lain kali kita skodeng bila ada peluang. Jaga-jaga…… Siapa yang bernasib baik dapat masuk dalam blog ni dengan percuma, kah kah….!!

 

Dan ini ialah bas sekolah Sahut . Sangat cantik dan yang terkini.

Bertuah jadi pelajar SAHUT ni. Serba serbi baru. Pakaian rasmi dengan corak yang terkini juga (tentu eksyen bila keluar outing….) Jadi, kepada semua pelajar-pelajar SAHUT, belajarlah bersungguh-sungguh , dengan ikhlas membantu sesama sendiri dan buktikanlah kalian semua adalah yang terbaik!!

Jangan pula ada yang nangis-nangis nak balik duduk bawah ketiak mak lagi. Kalau nak berjaya mestilah tough and strong !!!

Okay…… selama di rumah 2 hari ni janganlah asyik tidur je. Bantulah ibubapa sesekali dan beramah mesralah dengan adik beradik. Tunjukkan sifat-sifat dewasa dan matang.

Dan………..

Buat homework tu……………...πŸ˜†

 

.

.

.

9 April 2011

 

.

Hari hujan. Kantin, tempat dating antara pelajar-pelajar dan ibubapa mereka…….

 

.

  1. ieda
    April 7, 2011 at 6:49 pm

    MASA DOK ASRAMA DULU JARANG2 BALIK MASA CUTI 2 HARI..TAK BEST.SAT SGT KAT RUMAH.LAGI BEST LEPAK2 KAT HOSTEL BUAT HAL DGN KAWAN2.

    • Tie
      April 7, 2011 at 6:52 pm

      Ye ke ? Budak-budak sekarang ni asyik nak balik jer. Dok dekat pun sama. Yang dok jauh tu, menahan perasaan je laa… haha..

      Eida, blog ni kak tie khaskan untuk pelajar SAHUT. Blog personal kak tie dah pindah ke tempat lain. Tak seronok budak2 ni baca kisah2 peribadi…. Nanti kak tie antor email, ya…

      • April 7, 2011 at 7:17 pm

        alamak!!!! tak perasanlah fulak blog ini utk budak2 itew.. aduhaiii.. sorrylah ya adik2..

        maza pun nak kembali jadi budak2 sama volleh?

        ahaks,. ahaks.. ahaks..

        • Tie
          April 7, 2011 at 10:53 pm

          Itulah. Lain kali baca betul-betul, ya pakcik!!!

  2. April 7, 2011 at 7:16 pm

    aik.. ada berani lagi tulis SAHUT.. karang budak2 tu betul2 menyahut dan bertunggu tangga karang ada harapan org tu akan hangut semua barang2 pindah blog lain lagi lak.. hahahah

    • Tie
      April 7, 2011 at 10:55 pm

      Blog ni khas untuk pelajar-pelajar Sahut….. pakcik buat apa sibuk-sibuk kat sini, aaa ??

      • April 7, 2011 at 11:54 pm

        uik.. kita pun nak jadi muda remaja gitew.. macam makcik tie gak.. volleh?

        hehehehe

        • Tie
          April 9, 2011 at 6:17 pm

          Amboi……!!

  3. zareda
    April 7, 2011 at 11:13 pm

    balik tu cuti dan rehat puas puas

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:18 pm

      Banyak tidor la Zar….

  4. April 8, 2011 at 6:29 am

    teringat masa berbual dengan bapa bapa masa satu perjumpaan di sekolah… sorang dari kelantan sorang dari ganu.. dia pun tanya saya en dari mana? saya jawab dekat je nun kat sana sambil menunjuk ke satu arah..ehh tak patut nya kata dia patutnya anak cik sekolah kat kelantan ke ganu ke.. hehe..

    semuga anak itu berjaya di sekolah dia nanti….

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:20 pm

      Insyaallah, semoga semuanya berjaya.πŸ˜›

  5. pB
    April 8, 2011 at 9:07 am

    salam Kak Tie

    pB pun nak lah jugak ikut personnel blog kak tie …
    invite ler pB sama

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:22 pm

      Dah tinggalkan link kat rumah pB

  6. juliet
    April 8, 2011 at 11:27 am

    mak-mak pun sibuk lah masak yg sedap utk anak2 kanπŸ˜€

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:24 pm

      Memang betul!

  7. zue
    April 8, 2011 at 11:45 am

    anak2 yg balik dari asrama biasanya dia org ni sibuk nak bayor hutang..hutang tido..:)

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:26 pm

      Biasanya gitulah Zue. Tido jer…πŸ˜†

  8. kakpah
    April 8, 2011 at 5:30 pm

    dapatlah bau kotiak omak malam ni hiiii…

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:27 pm

      Haha…. buat pengubat rindu!!

  9. Ismail N
    April 8, 2011 at 9:48 pm

    Errr… SAHUT aje ke? Alahai kena update blog list.. OK, berangkat ke blog kakak yg baru…πŸ˜€

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:30 pm

      Haha…. Ramai betul ‘pelajar sahut’ kat atas ni….πŸ˜†

  10. nahmy
    April 9, 2011 at 2:29 pm

    selamat ‘bercuti’ juga pada sekelian mak bapak. utk si anak plak masa ni le nak ‘ragging’ mak tu…terutama bab lauk feveret…

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:31 pm

      Nasib baik balik 2 malam jer… haha…

  11. Pearls
    April 9, 2011 at 5:35 pm

    teringat lak zaman dedulu duk hostel..
    tapi kena naik bus jek dan baju sekolah.
    xde nyer spesel ada bus canggih..

    hehehe..

    *siap beri nasihat tuπŸ™‚

    • Tie
      April 9, 2011 at 6:34 pm

      Pelajar-pelajar sekarang ni amat bertuah, Dearie… Sekolah pun cantik.

      Pelajar2 sahut selalu baca blog ni, tu yang ambil peluang beri nasihat..:mrgreen:

  12. helmi from sdar
    April 22, 2011 at 5:38 pm

    huuuhu.. leh tahan la sbp nie… tp mcm xbest je sek baru… sush nk ‘fly’ time ak kat sdar(sekolah dato’ abdul razak) seremban.. ak asyik ‘fly’ je.. lg pon bdak2 ramai warden pun x layn sngt.. mmm.. sek ak dlu xde la sampai nk pkai kasut memanjang(xtaw la sekg).. sek bru bise arr an… huhuhu… ak suke bas die tue.. fuh smart gile… sek nie ade orcestra x… kalu ade sesma n sains dungun dh ade pesaing bru le.. huhuh.. ape2 pon sahut the best… good perfomence..πŸ™‚

    • Tie
      August 21, 2011 at 4:13 pm

      Tak baik tau fly2 ni… bahaya. Sekolah ni okay, banyak aktiviti. Anak saya seronok belajar di sini, terutama time bulan puasa ni, bila berbuka makan berhidang, ikut dorm… Bila balik hostel, macam2 angkut bawa balik, durian, pisang… dah macam kebun dlm bilik tu, haha…

      Orchestra atau band belum ada lagi. Sekolah ni baru lagi. Mungkin ada di masa akan datang.

  13. zulhilmi
    August 21, 2011 at 3:53 pm

    boleh tahan duk sini

    • Tie
      August 21, 2011 at 4:14 pm

      Tentulah…πŸ˜›

  14. Tihah
    December 24, 2011 at 4:53 pm

    Wah!!! bukan main gempak lagi bas SAHUT… Kalau masuk skolah nie dpt lah merase naik bas tu!!

  15. lin
    December 30, 2011 at 9:05 pm

    assalamualaikum,

    nak tanya…..bas akan di sediakan k??kalu time nak balik hujung minggu tu??ke kuala terengganu??

    terima kasih.

    • Tie
      December 30, 2011 at 9:11 pm

      Hmm…. ada kot, biasa bas hantar sampai ke bas stand kuala terengganu…

  1. No trackbacks yet.
Comments are closed.
%d bloggers like this: