About SAHUT

Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu (SAHUT) terletak 5 km dari pekan Kuala Berang, Hulu Terengganu. Keluasan sekolah adalah 40 ekar, 27 ekar darinya telah dibangunkan.

Bangun SAHUT terdiri dari 6 blog iaitu satu Blok Pentadbiran, satu Block Pusat Sumber, satu Blok Makmal/Bengkel, satu Blok Kelas dan dua Blok asrama. Sekolah ini mula beroperasi pada 1 November 2010 yang diterajui oleh Guru Penolong Kanan Pentadbiran, En Mohamad Rafi Bin Omar sebagai Care Taker.

Pada peringkat awalnya, Guru Penolong Kanan Pentadbiran dibantu oleh Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, En Megat Abdul Karim Bin Megat Hussain dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum En Aimin Fadhlee Bin Mahmud Zuhodi. Selain dari 3 orang pentadbir, Sahut bermula dengan 28 orang guru dan 8 kakitangan.

Ketika mula beroperasi, Sekolah Menengah Sains Hulu Terengganu hanya membuka tiga tingkatan iaitu tingkatan 2 yang mla mendaftar pada 1 Januari 2011, diikuti murid tingkatan 1 pada 5 Januari 2011 dan SAHUT menerima murid tingkatan 4 pada 7 Februari 2011.

Pada peringkat permulaan hanya ada 16 kelas dibuka iaitu lima kelas tingkatan 1, empat kelas tingkatan 2 dan tujuh kelas tingkatan 4. Sekolah ini dapat memuatkan seramai 900 orang murid dan sekarang mempunyai lebih 400 orang murid.

* Maklumat di atas adalah dari pamplet ketika hadir di mesyuarat agung kali pertama SAHUT pada 19 mac 2011.  Terima kasih.

.

  1. January 26, 2012 at 10:59 am

    ade ke peluang nk msk sini??? hurm……….

  2. Aida
    January 27, 2012 at 3:11 pm

    Sy dh ad..

    • Tie
      January 27, 2012 at 3:30 pm

      OOoo….. 🙂

  3. Hasnah
    December 1, 2012 at 1:05 pm

    untuk tingkatan 4 2013 bila panggilan yang SAHUT buat?

  4. hazim
    December 30, 2012 at 6:50 pm

    yeay….sye boleh masuk sinie…

    • Tie
      December 30, 2012 at 7:36 pm

      Tahniah Hazim 🙂

  5. Farahin
    September 9, 2013 at 9:53 pm

    saya dah buat permohonan dah untuk masuk ke sini pd 2014.. InsyaAllah kalau ada rezeki akan ke sini ,, suka sangat sekolah nie

  6. sumayah ismail
    October 16, 2013 at 11:23 am

    as salam, saya ingin bertanya cara untuk memohon menjadi guru ganti/sementara di SAHUT mcm mane ye? adakah perlu isi borng di PPD hulu terengganu atau lebih senang direct contct ngan office sekolh tuk tanya prosedur
    untuk makluman saya merupakan fresh graduate UPSI dlm bidang pendidikan sains minor kimia, tinggal berhampiran ngan sekolh SAHUt ni..jd mcm tergerak gak hati nk apply jd guru gnti.sementara kat sini b4 dipanggil posting.hajatnye nk apply tuk guru gnti/sementra awal tahun 2014

    • Tie
      October 17, 2013 at 10:47 am

      W’salam. Sebenarnya kak tie cuma seorang ibu kepada pelajar di sini, dan anak kak tie dah pun tamat belajar di Sahut. Rasanya boleh bertanya kpd yang berkenaan di PPD Hulu Terengganu untuk mendapatkan info.

      • Roslan mohd anuar
        February 27, 2014 at 8:54 am

        sori kak ti..menumpang blog..sape anak kak ti?

        • Tie
          February 27, 2014 at 9:14 am

          Cikgu Roslan… anak bernama Tuan Nur Hazwanie… sekarang di Uitm Penang.. 😀

        • Roslan mohd anuar
          February 27, 2014 at 11:11 am

          thanks kak tie…kite sekarang sdg usahakan blog rasmi sahut..ada kekangan yang menyebabkan blog masih dalam proses penambaikan..byk info yang diberikan..

        • Tie
          February 27, 2014 at 11:21 am

          Alhamdulillah… memang itulah yang diharapkan. Semoga SAHUT terus maju.. 🙂

    • Roslan mohd anuar
      February 27, 2014 at 8:53 am

      sekarang dah ade seorang guru ganti di sahut..opsyen biology dan sains…utk makluman..guru ganti yang akan mengajar di sahut diluluskan oleh BPSBPSK..

      • Farhana Yusof
        May 7, 2014 at 11:39 pm

        Salam,nak tnye mcm mana nk mem0h0n untk pertukaran dr sek0lah sains selang0r dan mem0h0n pertkaran ke sek0lah sahut

      • wahida
        January 5, 2016 at 3:23 pm

        Assalam cikgu roslan…. sy nk tnya, mcm mane nk apply guru ganti kt sahut? Sy freshgraduate dr Um opsyen pend.islam n arab….. mohon jika cikgu ada info, mklumkn pd sy..+60145036795

  7. Shuhada Zahadi
    December 27, 2013 at 7:08 pm

    Salam…bleh beri gambaran uniform sekolah SAHUT ni x???

    • Tie
      December 28, 2013 at 7:12 am

      W’salam. Uniform sekolah sama jer seperti SBP lain..

  8. Shuhada Zahadi
    January 5, 2014 at 12:24 am

    uniform sekolah sama seperti sekolah menengah biasa ke? baju kurung putih dan kain biru laut?

    • Tie
      January 5, 2014 at 7:49 am

      Ya. Sahut adalah sekolah berasrama penuh kerajaan. Jadi uniform sekolah sama jer. Cuma ada penambahan blazer hijau, ia dibeli ketika mendaftar. Tak ingat harganya.

  9. Shuhada Zahadi
    January 5, 2014 at 1:24 pm

    Terima kasih… ^_^

  10. Shuhada Zahadi
    January 22, 2014 at 2:27 pm

    Harga Blazer hijau tu RM110.00…bagi lelaki n perempuan…Best skolah kat sini…Senior sume baik2 n prihatin…Skarang ni saya ade kelas ictl….Jenguk blog ni jap…hihi

  11. amrah
    February 24, 2014 at 11:55 am

    tie,
    apa belanja yang perlu disediakan selain blazer? pendaftaran dan sebagainya ? banyak tak nak disediakan duit untuk masuk registration nanti?

    • Tie
      February 24, 2014 at 12:38 pm

      Dah tak berapa ingatlah.. kalau gaji bapa lebih dari rm5 ribu, kena byr lebih tuk duit makan , rasa rm750…. keseluruhan tu tie tak sure.. tapi kalau ada rm2k dlm poket tu ok la.. yuran pibg tu tinggi jugak… tak ingat, rm300 -rm500 kot.. tapi tie byr sikit2… sampai nak abis sekolah, hehe… tak per, guru faham… ada dobi, mungkin kena byr sekali.. pastu byran sekali utk cadar,selimut dll…

    • Roslan mohd anuar
      February 27, 2014 at 8:51 am

      bayaran mengikut jadual yang telah diberikan..kalau puan belum ada duit yang mencukupi xpe..beritahu pada cikgu..makluman awal..anak puan untuk second intake form 4 ke?cg sahut.

  12. amrah
    February 27, 2014 at 10:46 pm

    cikgu roslan, ya anak saya 2nd intake form 4 – daftar 5hb nanti. Risau jugak takut nanti ank saya je yang tinggal di asrama waktu weekend..seme orang dekat2 belaka..

  13. budak lagi
    March 24, 2014 at 2:44 pm

    As salam. sy ad dgr yg pljr sgt busy kat sahut nim. smpai kwn sy ckp, die x sempat nk study, die juz sempat wat hw je. btol er?

    • April 5, 2014 at 5:56 pm

      W’salam. Setahu makcik, semua SBP sama jer.. pandai2lah cari masa utk majukan diri. Insyaallah.

  14. puan suraya
    April 3, 2014 at 4:50 pm

    salam,macamana nak masuk ke sini tahun 2015 utk murid tingkatan 4
    dr sek men keb daerah marang

    • April 5, 2014 at 5:55 pm

      W’salam. Masa nak isi borang tu boleh tulis nama sekolah ni utk pilihan.

      • Farhana Yusof
        May 7, 2014 at 11:44 pm

        Salam,kak tie nk tnye kalau mcm ank saudara dr sm sains selang0r nk berpindah ke SAHUT mcm mane ye?mash ad kek0s0ngan kemasukan f0rm2

  15. Kelabhijau
    December 9, 2015 at 11:40 pm

    Kalau disingkirkan dr sahut tu camba lak…boleh kemukan rayuan tak supaya dikekalkan kat situ

  1. No trackbacks yet.

Leave a reply to Roslan mohd anuar Cancel reply